Nazirah's Blogs

Ape cite?!?! ;p

Monday, March 23, 2009

Kursus Cendawan

Assalamualaikum..

Yo!!...
Hari ni aku nak kasi tau satu perkara. Hal ini memang aku x penah buat sepanjang penglibatan aku dengan segala macam kursus. Untuk pertama kalinya aku join kursus ilmu dengan golongan ibu tunggal. Yang sebenar-benarnya kursus ni ditawarkan pada ibu2 tunggal, oleh kerana masih ade 1 kekosongan, abah aku mintak aku join. dialog aku ngan abah :
Abah: esok ko ade pegi mana-mana?
Aku : x de, dok umah je..
Abah: esok pegilah ikut mak cik kiah pergi kursus cendawan. dia bawak ibu2 tunggal je tu
semua..tadi dia bg tau abah ade satu lagi kosong, abah kata "ko bubuh le nama anak
aku"...
Aku: ok, boleh je...x de hal..(entah kenapa aku lupa hari kejadian tu nanti aku nak gi kenduri
kawin member baik aku...cis!bedebah punya lupa...)

Keesokkan harinye...

Aku dihantar oleh abah ke tempat berkumpul iaitu di pejabat adun cawangan keramat...di sana aku bertemu dengan para peserta lain yang akan ke kursus cendawan tu...antara yang aku kenal, makcik kantin sekolah menengah aku dulu (kesian mak cik ni, dah x berapa sihat rupa dia aku tgk...akibat kencing manis, jari kakinya di potong 1...Aduh!!risau aku..mintak2 aku sihat, insyaAllah dengan izin Allah hendaknya...Amin), lain2 ade lah makcik2 lain...kesemuanya ibu tunggal...aku cam x berapa nak rasa best jugak sebenarnya...tapi demi menuntut ilmu cendawan...kuturutkan jua...

x lama lepas tu, van pun sampai, aku naiklah van tu..ok lagi. Setelah semua naik van, ade lah dalam 4-5 org....mak cik kiah ni singgah plak satu lagi port menunggu, dekat dengan flat colombia umah aku tu....amik lagi 5-6 org...naik je makcik2 yang selebihnye tu...maka bermulalah sesi gosip2 para ibu...aku dah lah dok tgh2...pakcik van plak memandu van macam bawas bas ronda yang macam dalam zoo tu...slowlah amat...aku dah cam nak pening2 dgr cerita2 makcik2 tu...layan tido lagi baik...aku rasa cam lama gak lah aku tido.....sedar2 dah sampai destinasi di tuju....

sampai je kat Klang (tmpt anjuran kursus usahawan cendawan) tu; aku register nama, dok diam2 dalam kelas..x lama lepas tu, kelas dimulakan dengan sesi suai kenal....semua dalam kelas tu anggap aku ni dah kawen....tu aku x kisah sgt..pasal dengan saiz badan aku yang agak "sihat dan comel" ni, sewajarnya org beranggapan bahawa aku telah berumahtangga....tapi kalau ade dikalangan mereka yang beranggapan bahawa aku adalah ibu tunggal!!!...mesti ade yang tertanya-tanya..."kenapalah dia ni muda-muda dah jan**???"...huh!!.dahlah masa naik2 je van, ade makcik sorang ni tanya "anak berapa???"...erk!!"saya sebanarnya x kawen lagi(pengakuan mesti)"..rasa ape aku x tau lah....macam2 aku rasa, dalam hati, dalam otak, dalam ape2 dalam lagi lah....siap ade 2-3 org makcik ni cam pandang sinis kat aku...aku ape lagi...selamba kodok menghemburkan senyuman...tanpa membalas senyuman aku, makcik2 tu berlalu pergi....ape aku heran, ade aku kesah???...biaq p kat depa...aku nak tuntut ilmu usahawan ni...haha...semangat...
seharian aku belajar cara2 camana nak hasilkan cendawan....kursus yang memang seronok...aku terus rasa nak berniaga je.....rasa cam dah panjang je aku merapu ni...nah!ka bawah ni ade gambar sket:










Maklumat gambar (aturan ke kanan) :
  1. Air Cendawan.
  2. Sambal Cendawan.
  3. Cendawan goren (ala2 ikan bilis nasi lemak).
  4. Nasi Lemak Cendawan.
  5. Aktiviti memasukkan habuk kayu secara menual ke dalam Bongkah Media Cendawan.
  6. Aktiviti memasukkan habuk kayu menggunakan mesin ke dalam Bongkah Media Cendawan.
  7. Bongkah yang siap diisi habuk kayu; hasil kerja kami.
  8. Hasil tuaian Cendawan.
  9. Lagi hasil tuaian..
  10. Aku bersama Cendawan yang telah terhasil (muka dah habis berminyak dah tu..huhu).

sekian.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home